Saturday, January 1, 2011

Kepulangan Yang Di Tunggu


Kanda,

Sudah sepurnama kanda pergi

Begitu berat rasanya menanggung rindu

Adakalanya rasa rindu itu

seolah-olah merentap-rentap jantung dan hati dinda


Peritnya..

Hanya Tuhan sahaja yang tahu

Puas dinda pujuk hati ini

"Sabarlah, tidak lama kandaku pergi"

Tapi rasa rindu tetap bergelora

Tetap memberontak dijiwa dinda


Kanda,

Sejak kanda pergi

Hidup dinda terasa sepi

Dinda cuba ketawa

Dinda cuba tersenyum

Tetapi senyum dan tawa itu

Tidak berseri seperti selalu

Adakala dinda seperti layang-layang

yang terputus talinya

Tiada haluan

Dalam mencari bayangmu, kanda

Pada angin sering dinda sampaikan pesan

Bawalah perkhabaran rindu dari dinda untuk kanda

Sampaikan rasa cinta dinda pada kanda

Pada ombak, pada laut sering dinda bisikkan

Bawalah pulang kandaku segera

Dinda, tidak mahu seperti pungguk

Yang merindu dan terus merindu si bulan kesayangannya


Kanda,

Siang malam silih berganti

Kepulangan kanda dinda nanti-nantikan

Pulanglah sayang, pulanglah segera

Tidak sabar dinda menatap

wajah teruna idaman kalbu

No comments:

Post a Comment