Monday, November 15, 2010

Malam Ini

Malam ini
aku masih disini
diruangan dan waktu yang sama,
menatap nota-notaku
meneliti dari satu baris
hingga ke satu baris ayat
cuba memahami apa yang tersurat dan tersirat

Sesekali
fikiranku jauh berjalan
Mencari dirimu yang jauh di mata
bertanya di dalam diri
"apa yang sedang dikau lakukan wahai kekasih hatiku?
adakah kau sama seperti aku tatkala ini
gundah gulana kerana merindui"
aduhhh!!!
peritnya rasa hati
seksa dan derita
tidak tertanggung rasanya

Fikiranku mengimbas kembali
kata-kata azimat yang sering kau bisikkan ditelingaku
Begitu juga diriku
"Kusayang padamu"
"Kurindu padamu"
Ingatiku selalu"
"Cintaku hanya satu dan yang satu itu hanya untukmu"
Agar terubat rindu didada
agar reda ombak keresahan
agar matakan terpejam lena
agar dibuai mimpi-mimpi indah
Bersamu kekasih
Mengertilah...
Tiada dua tiada tiga
sesungguhnya
Cintaku milikmu selamanya...

Malam ini sayang
Aku masih disini
Keseorangan ....
Dan kubiarkan nota-notaku
Sepi diatas meja tulisku

No comments:

Post a Comment